Selasa, 10 Julai 2012 - SK Sinaran Budi antara lebih 9,000 sekolah di Malaysia yang telah mengadakan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan. Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid sihat mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sejajar dengan hasrat untuk memupuk budaya bersukan di sekolah. Dasar 1Murid 1Sukan turut memperlihat hasrat kerajaan menjadikan sukan sebagai alat utama perpaduan kerana jelas terbukti bahawa sukan boleh menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dalam merealisasikan Gagasan 1Malaysia.
Acara yang diadakan di Dataran Budi ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG, Tn Hj Adnan Bin Ahmad. Seramai lebih 500 orang murid SK Sinaran Budi telah bersenamrobik selama lebih kurang 45 minit sebelum meneruskan dengan acara latihan sukaneka tahap 1 yang akan dilangsungkan pada 13 Julai nanti.
0 comments:
Catat Ulasan