12 Julai 2012

Program Motivasi Persediaan UPSR

Program Motivasi Persediaan UPSR 2012 yang telah diadakan pada 7 Julai 2012 di Dewan Blok C merupakan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling di bawah seliaan Cik Zabidah Zainudin. Program ini diadakan khas kepada semua murid tahun 6 yang akan menghadapai peperikasaan UPSR tidak lama lagi. 

En Sulaiman Bin Hj Mohd Suhaimi dari Ributia Corporation telah dijemput bagi mengendalikan aktiviti tersebut. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Pengisian program adalah Mendengar Arahan dan Fokus, Ciri-ciri Orang Bermotivasi, 9 Golongan Manusia dan banyak lagi. 

Antara guru yang turut hadir membantu Unit Kaunseling adalah Pn Zaidah Ab Talib, Pn Norsila Khalid, En Mohd Nasir Bin Musa, En Mohd Ridzuan Bin Awang dan En Suria Kumaran A/L Yanarayanan.

Diharapkan program ini dapat memberi ilmu dan pengajaran kepada semua murid tahun 6 dalam mencapai cita-cita pada masa hadapan.



0 comments:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | WordPress Themes Review