Lencana dan Lagu
OBOR - melambangkan guru yang diumpamakan cahaya yang sentiasa menyampaikan ilmu agar murid- murid menjadi warga yang berguna di masa hadapan.
BUKU - Melambangkan gedung ilmu pengetahuan yang perlu ditimba secara berterusan.
WARNA HIJAU - Melambangkan ketenangan, iaitu sekolah tempat yang sesuai menuntut ilmu.
WARNA KUNING - Melambangkan perpaduan antara murid dan guru.
Lagu Sekolah
Sekolah Sinaran Budi
Tetap kami sanjungi
Berkhidmat dipentingkan
Sebelum diri sendiri
Berdisiplin, berharmoni
Tekun mencari ilmu
Di sukan dan pelajaran
Namamu dikenangi