23 Februari 2012

Kem Kepimpinan dan Motivasi Pengawas

Program Kem Kepimpinan dan Motivasi Pengawas telah berlansung pada 18 feb 2012 iaitu pada hari Sabtu bertempat di sekitar kawasan SKSB. Program anjuran Badan Disiplin dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling ini telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua ajk unit. Program yang dirancang khusus bagi mewujudkan murid yang bertanggungjawab dan mempunyai kepimpinan diri dengan ciri-ciri positif.

Antara objektif ialah membina keyakinan dan menyedari bahawa murid berpotensi menjadi individu, murid dan generasi cemerlang serta mendedahkan kepada murid tentang konsep, kepimpinan dan ketahanan fizikal dan mental. Selain itu juga memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk mengendaliakan aktiviti seharian yang seimbang bagi kecemerlangan diri aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Antara pendekatan program ini adalah menekankan faedah bekerja secara berpasukan dan membentuk pasukan yang baik dan mantap serta mengatasi masalah atau konflik di kalangan ahli-ahli pasukan.

Program perasmian penutup yang telah disempurnakan oleh YDP PIBG SKSB Tn Hj Adnan Bin Ahmad dengan AJK Induk Tn Hj Mohd Zaid Bin Ahmad (Guru Besar SKSB) sebagai Penasihat, Pn Norlaily Binti Abdul Rahman (GPK HEM) sebagai Pengerusi, Pn Siti Rohana Binti Saabin(GPK 1) dan En Yahya Bin Mohd Tahir(GPK Kokurikulum) sebagai Naib Pengerusi.

Penyelaras program yang diketuai oleh En Sivakumar a/l Madhavan Pillai, Kem Komanden oleh Pn Sharifah Kastinah bt H.M Kassim, Setiausaha oleh Cik Zabidah bt Zainudin dan Bendahari oleh Pn Sabarini bt Abdullah.

Antara LDK yang dijalankan:
1.      Aktiviti Pecah Bedungan (Pembentukan Kumpulan)
2.      LDK 1 :  Problem Solving:-Tajuk : Who Am I ?
3.      LDK 2 : Team Work:- Tajuk : Road To Success
4.      LDK 3 :  Confident:-Tajuk : Through The Obstacle
5.      LDK 4 : Think Out Of The Box :-Tajuk : Dinamica Games
6.      LDK 5 : My SWOT :-Tajuk : Love Myself

0 comments:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | WordPress Themes Review