28 Februari 2012

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Gombak : SKSB kumpul 1 Emas, 3 Perak.


Pada 21 dan 22 Februari lepas, SK Sinaran Budi telah menghantar 18 atlit olahraga sekolah ke Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Gombak peringkat Zon Rawang. Kejohanan tersebut telah diadakan di padang SK Tun Teja. Dalam kejohanan tersebut SK Sinaran Budi berjaya megumpul 4 pingat keseluruhan iaitu 1 emas dan 3 perak.

Pingat emas sekolah diperoleh menerusi acara 80 meter berpagar melalui atlit Muhammad Mirza Hassan Fikri. 2 pingat perak sekolah telah disumbangkan oleh atlit Nur Shafika Zainuddin menerusi 2 acara 100 dan 200 meter kategori perempuan manakala sebutir lagi perak disumbangkan oleh atlit lompat jauh sekolah, Vaishwin Lopez.

Kejohanan tersebut juga menyaksikan 10 orang atlit olahraga sekolah telah terpilih mewakili Zon Rawang ke peringkat Daerah Gombak yang akan dilangsungkan pada 5-8 Mac 2012 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Warga SK Sinaran Budi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kesemua atlit olahraga sekolah.

0 comments:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | WordPress Themes Review