30 Januari 2012

Pelancaran Program Rehat Secara Berhemah

Isnin, 30 Januari – Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan usahasama Unit Displin, Unit Kebersihan dan Keceriaan serta Unit Kantin telah melancarkan ‘Program Rehat Secara Berhemah’. Program ini antara lain bertujuan untuk membudayakan murid-murid SK Sinaran Budi agar berhemah di kantin ketika waktu rehat. Murid juga dikehendaki mematuhi peraturan di kantin selain menjaga kebersihan yang  menjadi tanggungjawab bersama. Program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Sinaran Budi, Tn Hj Mohammad Zaid Bin Ahmad.

Selain itu, pada majlis yang sama juga telah dilancarkan ‘Program Meja Angkat’. Melalui program ini, setiap kelas di SK Sinaran Budi akan diberi tanggungjawab menjaga 2 meja di kantin dan  memastikan agar meja kantin kelas masing-masing sentiasa kemas dan bersih. Program ini akan berjalan sepanjang tahun dengan pemantauan guru bertugas selama 2 bulan.

Dengan pelancaran 2 program ini beserta  sokongan semua guru diharapkan agar sifat berhemah dapat dipupuk dan tanggungjawab menjaga kebersihan dapat dijadikan amalan semua murid. 

0 comments:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | WordPress Themes Review