30 Januari 2012

Pelancaran Bulan Bahasa dan Program Nilam

Isnin, 30 Januari - Dalam usaha menyokong dan melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Panitia Bahasa Malaysia SK Sinaran Budi dengan rasminya melancarkan program Bulan Bahasa dan Program Nilam. Terdapat banyak pertandingan dan aktiviti untuk murid telah dirancang untuk program ini di bawah pimpinan Ketua Panitia Bahasa Melayu, Pn Rozilah Binti Abu Kassim bersama Pn Siti Yatimah Binti Katiman. Antara pertadingan yang dirancang termasuklah pertandingan bercerita, berpantun, deklamasi sajak, pidato dan lain-lain. Untuk mengetahui jadual aktiviti sepanjang Program Bulan Bahasa dan Program Nilam boleh rujuk pada jadual berikut :

Bil
Tarikh
Aktiviti
Sasaran
1
3.2.2012
Pertandingan Tulisan Cantik
Tahun 1-3
2
9.2.2012 Pertandingan Tulisan Berangkai Tahun 4-6
3
14.02.2012 Pertandingan Berpantun Prasekolah
4
17.2.2012 Kuiz Bahasa Terbuka
5
21.2.2012 Pertandingan Membaca Cerita Tahun 1
6
22.2.2012 Pertandingan Bercerita Tahun 2
7
23.2.2012 Pertandingan Bercerita Tahun 3
8
24.2.2012 Pertandingan Deklamasi Sajak Tahun 4
9
28.2.2012 Pertandingan Pidato Tahun 5
10
29.2.2012 Pertandingan Pidato Tahun 6

Untuk maklumat lanjut mengenai dasar MBMMBI Kementerian Pelajaran, anda boleh layari laman mikro MBMMBI dengan klik pada gambar di bawah.




0 comments:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | WordPress Themes Review