Pelancaran Bulan Anti Dadah bagi peringkat Sekolah Kebangsaan Sinaran Budi telah diadakan pada 23hb April 2012 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Pembukaan pelancaran tersebut telah dipersembahkan sebuah sajak oleh adik Dayana dari kelas 5 Bijak dibawah pimpinan Pn Siti Eliyana bt Jajuli yang bertajuk “Pewaris Pusaka Ibunda”. Pada 14 April 2012 pula, program 5 minit dijalankan bagi bacaan Ikrar Anti Dadah oleh Ketua Pengawas, adik Aina Safi Binti Ahmad. Sebaran mengenai aktiviti yang akan dijalankan adalah pertandingan mewarna, melukis poster, kuiz, sajak dan ceramah serta pameran anti dadah dengan kerjasama panitia Bahasa Melayu, Panitia Pendidikan Seni Visual dan semua guru SK Sinaran Budi. Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan kepada semua murid dan warga sekolah tentang bahaya rokok dan dadah agar dapat dijauhi supaya memenuhi sasaran kerajaan agar “Sekolah Bebas Dadah 2012”.
0 comments:
Catat Ulasan