05 Mac 2012

Program Guru Penyayang


Program Guru Penyayang telah dilancar seluruh Malaysia pada 1 Mac 2012 iaitu pada Khamis lepas. Program di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Pelabat Pelajaran Daerah Gombak dijalankan serentak sepanjang tahun.  Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

Objektif Guru Penyayang ini adalah menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru, menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah, menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

Antara aktiviti fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru melaksanakan tiga aktiviti berikut:-
1) Mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah
2) Pelaksanaan Program Mentor Mentee
3) Memberi penghargaan kepada murid

Pelancaran Program Guru Penyayang di peringkat SK Sinaran Budi dilancarkan pada 5 Mac 2012. Program ini telah berjalan pada bulan Februari lagi dengan bantuan guru-guru terutama pada waktu rehat dan waktu balik. Dengan tema “Seronoknya….Jom gi sekolah…” diharapkan memberi semangat kepada murid untuk lebih rajin dan seronok untuk belajar di dalam kelas.

Pada hari pelancaran juga sebagai penghargaan kepada murid, Cik Zabidah bt Zainudin selaku guru Bimbingan dan Kaunseling telah memberi hadiah penghargaan hari kelahiran kepada murid yang lahir pada bulan Mac dan tidak lupa juga kepada murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari yang telah disampaikan oleh Pn Norlaily Bt Abdul Rahman selaku GPK HEM. Kepada murid yang lahir pada bulan seterusnya hadiah akan diberikan mengikut guru kelas masing-masing.

Harapan sekolah agar keberkesanan sesuatu program tertakluk kepada komitmen semua pihak yang terlibat. Usaha gigih para guru dan murid menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas menjadikan program ini berjalan seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu juga pihak sekolah agar dapat melahirkan insan-insan yang berbudi bahasa dan penyang diantara satu sama lain. Sekian terima kasih…


0 comments:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | WordPress Themes Review