Jumaat, 17 Februari - Dalam usaha mengenang sirah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W, Panitia Agama Islam telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Program yang melibatkan seramai 586 orang murid islam ini telah dimulakan dengan perarakan murid di kawasan sekolah diiringi selawat ke atas nabi junjungan Muhammad S.A.W disusuli ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Mohd Rizal Bin Mokter dari SAM Rawang. Program yang diselaraskan oleh Pn Rohaya Ab Rahman ini turut dihadiri oleh Yang DiPertua PIBG, Tn Hj Adnan Bin Ahmad. Tema pada tahun ini adalah "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah".
Beberapa aktiviti telah dijalankan sempena sambutan Maulidur Rasul ini. Antaranya pertandingan mewarna, pertandingan menulis jawi, kuiz dan pertandingan tilawah al-Quran. Selain membina keyakinan diri murid dan menonjolkan potensi diri murid, aktiviti-aktiviti tersebut juga bertujuan mencungkil bakat murid yang akan diketengahkan dalam pertandingan peringkat lebih tinggi iaitu Majlis Tadarus al-Quran yang akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Majlis pada hari ini telah diakhiri dengan persembahan deklamasi puisi, "Puisi Kepada Rasulullah" dibawah pimpinan Pn Siti Eliyana Jajuli dan juga persembahan nasyid murid yang dibimbing oleh Pn Baizura Baharom sebelum penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.
Persembahan oleh adik Aisyah Hasmer Sham - 4 Arif
0 comments:
Catat Ulasan