26 SEPTEMBER 2016, Sekolah kebangsaan Sinaran Budi telah mengadakan Majlis Sambutan Ambang Bulan Kemerdekaan. Program ini adalah dibawah Panitia Sejarah. Murid-murid berkumpul di padang sekolah sebelum memulakan acara. Di sini diselitkan beberapa aktiviti yang menarik untuk tontonan anda semua.
| Guru Besar Encik Mohamed Azmi bin Darno menyampaikan ucapan sebelum acara dimulakan. Kelihatan Barisan Penolong Kanan yang begitu bersemangat menyokong aktiviti ini. |
| Murid--murid menggayakan busana Baju Melayu sambil melafazkan ikrar tumpah setia terhadap negara tercinta Malaysia |
| Perarakan dimulakan dengan Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah |
| Puteri Islam sedang bersedia untuk memulakan perarakan |
| pasukan Pengakap segak bergaya sambil mengibarkkan bendera kecil |
| Pasukan Bulan Sabit Merah juga turut bersama-sama bersemangat untuk berarak |
| Pasukan TunasPuteri tampil dengan semangat yang jitu sambi memegang panji-panji Malaysia |
| Murid-murid melakukan senaman |
| Tidak ketinggalan murid pra sekolah turut bersama merasai nikmat erti kemerdekaan |
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK Sinaran Budi kerana telah bersama-sama menjayakan majlis perarakan ini dengan jayanya. Diharapkan agar semua anak didik dapat mengenali dan merasai nikmat sebenar kemerdekaan.
Laungan MERDEKA
Merdeka
Merdeka
Merdeka
Merdeka
Merdeka
Merdeka
Merdeka
10:47 PG
0 comments:
Catat Ulasan