04 Julai 2012

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011


Rabu, 4/7/2012 - Pada hari ini telah diadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. Majlis yang diadakan di Perangsang Templer Golf Club tersebut telah disempurnakan oleh Y.B Dato' Sri Subahan Kamal; ADUN Taman Templer.

Enam orang guru SK Sinaran Budi telah dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun ini berdasarkan sumbangan besar serta kecemerlangan perkhidmatan mereka. Guru-guru tersebut adalah:-
  1. En Yahya Bin Mohd Tahir (Pentadbir)
  2. En Muhammad Ashraf Bin Yusof
  3. Pn Khanatoh Binti Hassan
  4. Pn Noor Azizah Binti Osman
  5. Pn Hidayati Binti Abdul Kadir
  6. Pn Rozita Binti Othman
Kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun ini, pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah. Semoga anda akan terus meningkatkan lagi mutu perkhidmatan di masa akan datang.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | WordPress Themes Review