16 April 2012

Pelancaran Program Mentor-Mentee

Program Mentor Mentee 2012 telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar (Tn Hj Mohammad Zaid B Ahmad) pada 16 April 2012. Sistem mentor diwujudkan di sekolah ini bagi memenuhi keperluan murid dari segi mengukuhkan keyakinan, sahsiah murid, berinteraksi secara positif, menghayati nilai-nilai murni, rasa disayangi dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian akademik.

Program ini telah dirancang setiap tahun oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling yang melibatkan murid dan semua guru tahun 6. Setiap tahun program ini akan ditambahbaik melalui kajian dan kekangan yang telah dihadapi. Program Mentor Mentee ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang bagi Program Guru Penyayang yang telah dilancarkan pertama kali pada tahun 2012 di seluruh Malaysia.

Program ini merupakan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling di bawah pimpinan Cik Zabidah Binti Zainudin dan Penyelaras Program tahun 6 di bawah bimbingan Pn Zaidah Bt Abdul Talib serta kerjasama semua ahli jawatankuasa dan guru yang terlibat.

Antara objektif utama program ini adalah membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah (hasil bimbingan mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan murid). Mengurangkan tekanan akibat sesuatu konflik (diri, rakan sebaya, guru, keluarga dan masyarakat) dengan mewujudkan hubungan mesra antara guru dan murid serta meningkatkan imej sekolah supaya menjadi sekolah yang dihormati dan disanjungi serta mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

Harapan sekolah agar program ini dapat membantu murid dari segi jasmani, rohani, intelaktual dan sahsiah. Kerjasama dan komitmen semua pihak dapat melancarkan lagi program. Sekian terima kasih

0 comments:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | WordPress Themes Review