20 Mac 2012

Jemputan Program Gotong- Royong Perdana



Biro Keceriaan dan Keselamatan PIBG dengan kerjasama Unit 3K, SK Sinaran Budi akan menganjurkan Program Gotong-Royong Perdana 2012. Program ini akan melibatkan secara langsung ibu bapa, guru, komuniti setempat, pihak swasta dan murid-murid SK Sinaran Budi. Selain itu, Program Gotong Royong Perdana ini juga bertujuan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih bersih serta menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan sihat dan selamat kepada warga SK Sinaran Budi. Ia juga bertujuan memupuk semangat kerjasama di antara masyarakat, komuniti dan sekolah.

Antara kawasan yang disasarkan untuk program ini adalah seperti berikut:-
Kawasan 1      : Taman Botani, Longkang.
Lokasi              : Belakang bilik kaunseling sehingga tepi kelas Pra Sekolah Mutiara.
Tugasan           : 1. Membersihkan semak samun.
                          2. Membasmi dan menutup kawasan air bertakung.
                          3. Membersih longkang dan saliran.

Kawasan 2      : Kuarters lama (A)
Lokasi              : Kuarters lama paling hampir dengan SMK Seri Garing.
Tugasan           : 1. Membersihkan semak samun..
                          2. Membasmi kawasan air bertakung.
                          3. Membersih longkang dan saliran.

Kawasan 3      : Kuarters lama (B)
Lokasi              : Kuarters lama berhampiran tangga bersebelahan bilik BOSS.
Tugasan           : 1. Membersihkan semak samun..
                          2. Membasmi kawasan air bertakung.
                          3. Membersih longkang dan saliran.
                          4. Mengalihkan zink dan merobohkan garaj terbiar yang hampir roboh.

Kawasan 4      : Kuarters lama (C)
Lokasi              : Kuarters lama berhampiran Pra Sekolah Permata.
Tugasan           : 1. Membersihkan semak samun..
                          2. Membasmi kawasan air bertakung.
                          3. Membersih longkang dan saliran.

Kawasan 5      : Kawasan Pameran Anti Dadah/ Titian Hjh Sharifah.
Lokasi              :  Berdekatan tapak perhimpunan/ Dataran Budi.
Tugasan           : 1. Membuang buluh dan kayu reput.
                          2. Membersihkan kawasan.

0 comments:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | WordPress Themes Review