11 Februari 2012

Mesyuarat Agung PIBG ke-38

Sabtu, 11 Februari - Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Sinaran Budi telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-38. Program tahunan PIBG ini bertujuan memilih jawatankuasa baru PIBG yang akan bersama-sama pihak sekolah ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pendidikan yang lebih komprehensif dan berwibawa selain bertujuan mewujudkan pemuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah.

Tujuan-tujuan PIBG seperti yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 adalah (a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid–murid dalam menigkatkan imej sekolah; (b) untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid–murid dalam kegiatan mereka; (c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar- tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan; (d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak–anak mereka pada amnya; dan (e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Manakala fungsi PIBG ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan – tujuan persatuan seperti; (a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid; (b) menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah; (c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat; (d) meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

Pada majlis yang sama juga telah diadakan Majlis Graduasi Cemerlang UPSR 2011. Majlis ini menganugerahkan sijil kepada 29 murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu. Upacara perasmian Mesyuarat Agung PIBG ke-38 dan penyampaian sijil graduasi telah disempurnakan oleh Pn Jessie Oi, Penyelaras Parlimen Selayang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jawatankuasa PIBG 2012/13 yang telah dilantik dan aktiviti-aktiviti PIBG, sila ke halaman PIBG SK Sinaran Budi yang akan dikemaskini dari masa ke semasa.








0 comments:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | WordPress Themes Review